top of page

smart Malaysia Berkolaborasi Bersama CapitaLand untuk Peraduan Hari Pengguna, Menampilkan smart #1 Premium sebagai Hadiah Utama

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Mar 15
  • 2 min read

Updated: Apr 13

smart #1 Premium

smart Malaysia bekerjasama dengan CapitaLand untuk kempen cabutan bertuah untuk Peraduan Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.” Pemenang yang bertuah akan membawa pulang sebuah smart #1 Premium baharu, bersama hadiah eksklusif lain bernilai lebih RM400,000. Peraduan ini berlangsung hingga 31 Oktober 2025 di pusat beli-belah CapitaLand yang terpilih, kempen ini menawarkan peluang kepada pembeli untuk memenangi ganjaran menarik sambil menikmati pengalaman membeli-belah mereka.

 

Kolaborasi antara smart Malaysia dan CapitaLand tahun ini bertujuan menjadikan mobiliti lestari lebih mudah diakses dengan memperkenalkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada kenderaan elektrik. Sebagai rakan niaga, smart Malaysia bukan sekadar memberikan sebuah kereta; tetapi mengiginkan orang ramai dalam perubahan ke arah pengangkutan yang mesra alam. Inisiatif ini menggalakkan perubahan fikiran dalam membantu orang ramai memahami manfaat mobiliti hijau dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih.

 

Membawa EV smart Lebih Dekat dengan Rakyat Malaysia


“Dengan kolaborasi bersama CapitaLand, kami berpeluang untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan membolehkan mereka merasai sendiri keunikan kereta smart #1,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. "Kerjasama ini bukan hanya tentang memberikan sebuah kereta ia juga mendorong orang ramai untuk lebih ingin tahu dan faham tentang pengangkutan yang mesra alam. Kami begitu teruja untuk memulakan perjalanan ini dan sangat menantikan saat untuk merayakannya bersama pemenang bertuah nanti."

 

smart Malaysia kini hadir di pusat beli-belah CapitaLand dengan acara pameran khas. Pengunjung berpeluang untuk melihat secara dekat smart #1. Di sana, mereka dapat belajar lebih mendalam tentang teknologi canggih, kawalan prestasi yang terbaik, dan reka bentuknya yang menarik. Hal ini adalah peluang terbaik untuk mengetahui semua keistimewaan yang ditawarkan oleh smart #1. Anda mungkin juga akan menemui tawaran hebat yang membolehkan anda memilikinya sendiri.

 

Menang Besar Sambil Berbelanja


Pengunjung yang ingin mencuba nasib dalam cabutan bertuah boleh menyertai peraduan ini dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu transaksi di mana-mana pusat beli-belah CapitaLand yang terpilih. Bagi mereka yang memiliki kad UOB di Pulau Pinang, syarat perbelanjaan lebih rendah, iaitu sekurang-kurangnya RM100 di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.


Dalam cabutan ini, selain hadiah utama yang ditawarkan, peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran menarik. Antara ganjaran tersebut termasuk pakej percutian yang mengujakan, barangan elektronik, pelbagai peralatan rumah yang berguna, dan juga baucar beli-belah yang boleh diguna pakai untuk membeli pelbagai barang pilihan.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, smart Malaysia memperkenalkan program yang menarik iaitu Cabutan Bertuah Bulanan smart. Untuk mengambil bahagian dalam cabutan ini, anda hanya perlu memuat turun dan mendaftar di Aplikasi Hello smart. Peraduan ini bukan sahaja menawarkan cabutan bertuah, tetapi juga memberikan pengalaman interaktif yang lebih bermakna. Ia membolehkan pelanggan berinteraksi dengan aplikasi smart.


コメント


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page