top of page

Sime Motors Jalin Kerjasama Dengan CompAsia untuk Menangani E-Waste di Seluruh Asia Tenggara

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Mar 13
  • 3 min read
Sime Motors x Compasia
Dari kiri ke kanan: Kevin Ng, Ketua Negara, Malaysia di CompAsia; George Hashim, Ketua Pegawai Strategi CompAsia; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors; Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Sime Motors

Sime Motors, peneraju utama industri automotif telah mengumumkan hubungan strategik bersama CompAsia, peneraju utama bagi perkhidmatan kitaran peranti di Asia Tenggara, untuk menangani isu sisa elektronik (e-waste) yang semakin meningkat, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar. Inisiatif ini bertumpu menggalakkan pelupusan secara bertanggungjawab dan mengitar semula sisa elektronik, yang meliputi operasi  Sime Motors di Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia.


Dengan peningkatan sisa elektronik, kerjasama ini memberi solusi untuk para pekerja serta pelanggan untuk melupuskan bahan elektronik secara bertanggungjawab. Peserta boleh menukar peranti terpakai mereka kepada wang tunai atau diskaun untuk pembelian baharu menerusi program tukar beli. Tambahan lagi, kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memanjangkan jangka hayat bagi kitar peranti, serta menggalakkan pelanggan untuk mempertimbangkan kegunaan peranti yang diperbaharui sebagai pilihan alternatif. Usaha ini menyumbang kepada ekonomi kitaran dan pada masa yang sama mengurangkan kesan terhadap alam sekitar akibat daripada pembuangan sisa elektronik ke tapak pelupusan.

Sime Motors x Compasia
(Barisan hadapan dari kiri ke kanan) Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara George Hashim, Ketua Pegawai Strategi CompAsia dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors disaksikan oleh (barisan belakang dari kiri ke kanan) Kevin Ng, Ketua Negara, Malaysia di CompAsia, dan Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Sime Motors.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara berkongsi, “Kerjasama dengan CompAsia memberi pengalaman yang mudah kepada kakitangan serta pelanggan kami, menjadikannya lebih senang untuk melupuskan peranti lama secara bertanggungjawab sambil memupuk ekonomi kitaran di seluruh operasi Asia Tenggara kami. Peningkatan sisa elektronik kini berada pada tahap yang membimbangkan, dan sebagai sebuah organisasi, kami berusaha untuk menangani isu ini serta mendorong perubahan positif.”


George Hashim, Ketua Pegawai Strategi bagi CompAsia, berkata, “Sime Motors merupakan salah satu jenama yang terkemuka di seluruh Asia Tenggara dan kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama melalui usaha kolektif ke arah masa hadapan yang lebih lestari dan terhubung. Kami percaya bahawa pendekatan inovatif kami untuk memanjangkan jangka hayat peranti bersama Sime Motors akan mempengaruhi pengguna untuk membuat pilihan yang akan membantu dalam memelihara planet kita.”

Sime Motors x Compasia
(Barisan hadapan dari kiri ke kanan) Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara George Hashim, Ketua Pegawai Strategi CompAsia dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors disaksikan oleh (barisan belakang dari kiri ke kanan) Kevin Ng, Ketua Negara, Malaysia di CompAsia, dan Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Sime Motors.

Kerjasama ini dibina atas usaha penjagaan alam sekitar yang berterusan oleh Sime Motors. Seterusnya, kolaborasi ini akan berjalan seiring dengan pelaksanaan beberapa inisiatif, termasuk projek tanggungjawab sosial korporat (CSR), program tukar beli peranti, serta kempen kesedaran yang memfokuskan kepada pengurangan sisa elektronik. Melalui usaha CSR ini, peranti elektronik yang telah ditamatkan perkhidmatan tetapi masih memenuhi piawaian kualiti akan didermakan kepada komuniti kurang berkemampuan di Malaysia, sekaligus memanjangkan kitar hayat peranti ke arah ekonomi kitaran yang lebih teguh.


Sime Motors dan CompAsia bertujuan menyediakan solusi praktikal untuk membantu pelanggan dan kakitangan menyumbang kepada ekonomi kitaran. Kerjasama ini meningkatkan kesedaran mengenai isu peningkatan sisa elektronik serta memupuk semangat pelupusan secara bertanggungjawab.

Sime Motors x Compasia
Sime Motors mengumumkan kerjasama strategik dengan CompAsia, penyedia penyelesaian kitaran semula peranti terkemuka di Asia Tenggara, untuk menangani isu yang semakin meningkat berkaitan sisa elektronik (e-waste) sebagai sebahagian daripada komitmen bersama terhadap tanggungjawab alam sekitar.


Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page