top of page

Honda Malaysia BEV Pertama: Honda e:N1 dengan Jarak Pemanduan Sehingga 500km Akan Dilancarkan pada Q2 2025. Tempah Hari Ini!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Apr 15
  • 2 min read

Updated: Apr 16

Honda e:N1 di KLIMS 2024

Honda Malaysia (atau Syarikat) secara rasmi telah membuka tempahan bagi model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, iaitu e:N1 Serba-Baharu, melalui laman web rasmi Honda Malaysia. Dilancarkan pada Suku Kedua 2025, kemunculan sulung e:N1 meletakkan asas kukuh untuk perjalanan BEV syarikat ini, sekaligus memperluaskan penawaran kepada rakyat Malaysia yang mencari BEV buatan Jepun yang sesuai untuk keperluan harian mereka. Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan unik Honda dengan menggunakan teknologi rangkaian kuasa elektrik untuk menghasilkan kenderaan yang mesra alam serta mengekalkan nilai teras jenama – keseronokan, kepraktisan dan inovasi.

Honda e:N1 book sekarang

e:N1 merupakan BEV pintar dan sofistikated yang direka berasaskan falsafah berpusatkan manusia oleh Honda, yang terserlah dalam aspek rekaan, prestasi dan kepraktisannya. Ia menggabungkan elektrifikasi dengan dinamik pemanduan menyeronokkan sambil mengekalkan DNA pemanduan yang digemari oleh peminat Honda.


Dibina berdasarkan e:N Architecture F, iaitu platform pacuan hadapan yang dibangunkan untuk memberikan pecutan lancar dan kawalan tepat dalam pelbagai keadaan pemanduan, e:N1 dipacu oleh motor elektrik berprestasi tinggi, bateri berkapasiti besar untuk jarak pemanduan lebih jauh, dan struktur badan teguh yang direka khas untuk EV Honda. Dengan bateri lithium-ion 68.8kWh, e:N1 mampu menghasilkan kuasa maksimum 150kW dan tork 310Nm, serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC).

Honda e:N1

Sebagai BEV pertama daripada Honda Malaysia, e:N1 menampilkan identitinya tersendiri melalui ciri-ciri yang mencerminkan falsafah rekaan Honda serta kepraktisan untuk kegunaan harian. Bahagian luarannya menampilkan Lampu Hadapan LED Penuh serta Lampu Belakang LED yang bergaya. Rekaan lancar ini dilengkapi dengan port pengecasan depan tersembunyi untuk pengecasan AC (Normal) dan DC (Pantas), bersama indikator pengecasan di atas gril hadapan untuk pemantauan mudah. Reka bentuknya yang menarik turut diperkemaskan dengan Rim Aloi Dua-Tona bersaiz 18-inci eksklusif untuk BEV Honda.


e:N1 memperkenalkan identiti BEV baharu menerusi lencana putih “H” yang melambangkan elektrifikasi Honda. Lencana “H” ini boleh dilihat pada pelbagai bahagian seperti alat kawalan jauh tanpa kunci, stereng, penutup port pengecas hadapan dan penutup pusat rim. Bahagian belakang pula menampilkan rekaan tulisan “Honda” dengan huruf berjarak, menyerlahkan lagi imej premium BEV ini. Dari segi dimensi, e:N1 berukuran 4,380mm panjang, 2,610mm jarak antara roda, dan 1,592mm tinggi.


Aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi setiap kenderaan Honda. Justeru, e:N1 turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan Honda termasuk Blind Spot Information (BSI) dengan Cross Traffic Monitor (CTM), serta satu set lengkap sembilan fungsi keselamatan canggih di bawah Honda SENSING. Teknologi ini memberikan keyakinan dan ketenangan minda kepada pemilik e:N1 sepanjang pemanduan.


Berdasarkan pemahaman pasaran BEV tempatan, Honda Malaysia telah melantik lapan pengedar sah Honda di tiga wilayah untuk mengendalikan pertanyaan pelanggan mengenai e:N1, seperti disenaraikan dalam Jadual 1.


Untuk membuat tempahan e:N1, pelanggan boleh layari https://prebook.honda.com.my/ atau akses aplikasi HondaTouch. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda BEV, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana lapan pengedar sah yang terpilih, menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020, atau melayari www.honda.com.my.


Jadual 1: Pengedar Honda Terpilih bagi Pertanyaan Mengenai e:N1

Bil

Wilayah

Pengedar

Lokasi

1

Tengah

Accord Auto Sdn Bhd

Selangor



HZN Cars Sdn Bhd

Selangor



Peringgit Sri Motor Sdn Bhd

Kuala Lumpur



Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd

Selangor


Utara

Ban Hoe Seng Auto Sdn Bhd

Perak



Vivahill Auto Sdn Bhd

Pulau Pinang


Selatan

Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd

Negeri Sembilan



Kah Motor Co. Sdn Bhd (Tebrau)

Johor


コメント


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page