Raikan Tahun Baru Cina dengan Diskaun 30% untuk Caj Pengecasan bagi Pemilik Proton e.MAS dan smart EV!
- Panduman
- Jan 28
- 1 min read

Bagi menyambut Tahun Baru Cina dan meraikan penghantaran Proton e.MAS 7 yang pertama kepada pelanggan kami, PRO-NET menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk caj pengecasan awam. Dari 25 Januari hingga 3 Februari 2025, pemilik Proton e.MAS dan smart EV boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih daripada 80% stesen pengecasan awam. Dengan hanya menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan anda, potongan diskaun akan diberikan secara automatik.
Proton e.MAS ingin menjadikan pemilikan EV sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. Dengan ciri pintar seperti kesediaan stesen pengecasan secara langsung dan perancangan laluan berdasarkan tahap bateri kereta anda, anda boleh memandu dengan penuh keyakinan. Hal ini menjadikan pengembangan yang signifikan dalam peta pengecasan kami kerana rangkaian pengecasan yang dikendalikan oleh Shell Recharge termasuk Stesen Pengecasan Berprestasi Tinggi sepanjang lebuh raya utama, dengan kebanyakan stesen mampu menyediakan kuasa pengecasan 180kW.
Selain itu, perkongsian dengan Shell Recharge telah menambah lebih banyak poin pengecasan di sepanjang lebuh raya dan kawasan tumpuan bandar, termasuk pengecasan pantas. Penambahan ini mengikuti integrasi terkini Rangkaian ChargeSini, dimana ia juga merupakan yang pertama di Malaysia dan boleh diakses melalui rangkain perayauan. Rangkaian pengecasan yang boleh diakses melalui aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart termasuk Gentari, Jomcharge, chargEV, DC Handal, CarputZap, dan ChargeSini. Proton e.MAS berbangga menjadi peneraju EV nasional pertama di Malaysia,dalam menggabungkan teknologi terbaik dengan kemudahan yang tiada tandingan.
Comments